Komunis cuba bertapak semula di Baling - Utusan Malaysia

Komunis cuba bertapak semula di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Ogos 1978, Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan berjaya mengesan percubaan saki baki pengganas komunis untuk kembali bertapak semula di Daerah Baling, Kedah.

Menurut Ketua Polis Kedah/Perlis, Abdul Kudus Alias memaklumkan, kira-kira 10 pengganas komunis dari Unit Penggempur Bebas Ke-8 telah dilihat merayau-rayau di kawasan Gunung Inas dan Sungai Tawar dalam daerah ini baru-baru ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Ogos 1974 – Atlet renang negara, Rosanna Lam Ai-Leng, 14, merupakan atlit termuda negara yang menyertai Sukan Asia di Tehran, Iran bermula 1 September depan.
  • 22 Ogos 1977 – Kakitangan LLN kawasan timur, Adam Abdul Rahman berjaya menjadi johan musabaqah membaca Al-Quran peringkat kebangsaan Lembaga Letrik Negara.
  • 22 Ogos 1979 – Polis Jitra berjaya memberkas dua orang lelaki berumur 24 dan 32 tahun dan menemui sebuah makmal memproses dadah dalam sebuah pondok di Kampung Napoh Ulu, Kubang Pasu, Kedah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN