Pada 30 Julai 1975, Utusan Malaysia melaporkan seorang peguam muda, R. Mahadevan, 26, ditembak mati oleh seorang lelaki berpistol di pejabatnya, di Bangunan Lee Rubber (Selangor) Sdn. Bhd., Jalan Bandar, Kuala Lumpur.
Seorang kakitangannya, Mary Katherine, 25, cedera di bahagian paha kanan akibat ditembak oleh pembunuh tersebut ketika beliau cuba untuk menerpa memberi bantuan dan polis sedang memperhebat gerakan memburu pembunuh tersebut yang dikatakan telah melarikan diri bersama isterinya.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 Julai 1973 – Abdul Samad Darus yang merupakan kakitangan Hospital Besar Ipoh muncul johan pertandingan membaca al-Quran pekerja pekerja hospital seluruh Negeri Perak.
- 30 Julai 1979 – Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew antara yang terselamat bersama 380 penumpang lain dalam pesawat jumbo SIA yang tayarnya meletup dan tergelincir ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Dubai.
- 30 Julai 1982 – Pelakon terkenal Hindustan, Amitabh Bachan selamat menjalani pembedahan selama tiga jam di sebuah hospital di Bangalore kerana masalah usus.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]