Kebakaran besar di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Kebakaran besar di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak lelaki, Chin Leng Kee, 6 tahun terkorban, manakala dua yang lain cedera dalam satu kebakaran yang melibatkan kerugian mencecah lebih setengah juta ringgit di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kebakaran tersebut melibatkan bangunan tiga tingkat yang berlaku pada pukul 3.15 petang. Chin terkorban kerana terperangkap di tingkat dua bangunan, manakala mangsa yang cedera adalah ibu Chin, Loh Ah Moi, 30 tahun serta adiknya, Chin Seok Ying, 4 tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Julai 1973 – Seorang kerani, Zaiton Omar, 23 tahun telah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Persatuan Olahraga Amatur Pahang setelah menewaskan 13 orang peserta lain.
  • 10 Julai 1975 – Syria menawarkan tempat bagi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan agama di tiga buah universiti di negaranya.
  • 10 Julai 1979 – Jaguh badminton negara, Lau Soek Mooi merangkul juara perseorangan wanita dalam Kejohanan Badminton Tertutup Perak yang berlangsung di Rumah Pengakap, Ipoh.

 

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN