Hubungan udara Malaysia dan Singapura terancam - Utusan Malaysia

Hubungan udara Malaysia dan Singapura terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Julai 1978, Utusan Malaysia melaporkan hubungan udara Malaysia-Singapura bakal terancam sekiranya rundingan perkhidmatan udara antara kedua negara yang telah masuk kali kelima menemui jalan buntu.

Kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat mengenai hak mendarat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malaysia tidak bersetuju dengan permintaan Singapura untuk mendapatkan hak mendarat di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Julai 1973Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kubang Pasu telah memilih Kampung Pulau Kecil untuk dijadikan projek contoh ‘Desausaha’ di negeri Kedah.
  • 23 Julai 1974Majlis Agama Islam Pahang telah melancarkan buku ‘Panduan Pengantin’ kepada bakal-bakal pengantin dalam usaha mengurangkan bilangan penceraian di negeri berkenaan.
  • 23 Julai 1975Menteri Tanah dan Galian, Datuk Asri Muda memaklumkan, Felda telah membuka sebanyak 167 buah tanah rancangan di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN