Pada 25 Jun 1983, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki mati ditembak ketika cuba melarikan diri setelah merompak wang gaji RM70,000 dari Sekolah Semboyan di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Lelaki tersebut yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal selepas melakukan rompakan telah merempuh pusat kawalan pertama dengan melepaskan empat das tembakan ke udara. Namun, perompak itu gagal melepasi pusat kawalan kedua sebelum berpatah balik ke pusat kawalan pertama lalu ditembak.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 25 Jun 1982 – Nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan berjaya menyelamatkan sembilan orang anak kapal dari kapal milik Thailand yang dilaporkan karam di Pulau Sialu, Batu Pahat, Johor.
- 25 Jun 1983 – Brunei yang bakal mencapai kemerdekaan daripada Britain pada awal tahun hadapan mula bertindak membuat permohonan bagi menyertai ASEAN.
- 25 Jun 1984 – Kementerian Kerja Raya bakal mengenakan bayaran tol kepada semua kenderaan, kecuali motosikal, yang keluar masuk dari Johor Bahru ke Singapura.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]