Pada 27 Mei 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Suhaimi Kamaruddin hari ini memaklumkan, kerajaan sedang menggubal undang-undang untuk membolehkan harta peninggalan umat Islam dibahagikan mengikut hukum faraid.
Menurut beliau lagi, dalam undang-undang yang sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara itu, umat Islam yang mencarumkan wang mereka di institusi-institusi kewangan masih boleh melantik penama, tetapi penama tersebut hanya bertaraf sebagai ‘wasi‘ bagi mentadbir harta peninggalan mengikut hukum faraid.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 27 Mei 1978 – ITM akan melaksanakan peraturan ‘Rupa Diri‘ yang mengkehendaki semua pelajarnya berpakaian kemas dan tidak mencolok mata mulai Julai depan.
- 27 Mei 1982 – Sejarah ‘Perang Perak‘ yang berlaku dalam tahun 1875 akan dipentaskan semula oleh Majlis Kebudayaan Negeri Perak pada Jun depan.
- 27 Mei 1983 – Hospital Kajang kini dilengkapi dengan unit rawatan jantung dan menjadi hospital kedua di negara ini yang dilengkapi dengan unit seumpama itu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]