Pada 14 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lapan orang, tujuh daripadanya merupakan murid sekolah yang berumur antara 7 hingga 16 tahun dipercayai mati lemas setelah sampan kotak yang ditumpangi mereka karam di Pangkalan Serom Panggong (Serom Tiga), Muar, Johor.
Turut terkorban dalam tragedi malang tersebut ialah pendayung sampan, Abdul Kadir Omar, 63 tahun. Kesemua murid yang dikhuatiri mati lemas itu berasal dari Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 14 Mei 1980 – Sebuah syarikat bermodal RM250 juta usahasama antara PERNAS dengan dua syarikat Kuwait akan ditubuhkan di Malaysia dan bakal menjalankan perusahaan makanan, perdagangan dan pelancongan.
- 14 Mei 1982 – Pelakon popular, Hussein Abu Hassan berlepas ke Hong Kong untuk berlakon dalam filem keluaran Mikko International Film berjudul ‘Witchcraft‘.
- 14 Mei 1983 – Bayi tabung uji pertama Singapura dan juga bayi tabung uji pertama di Asia bakal dilahirkan dalam minggu pertama bulan Jun depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]