Pada 20 Mei 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang gadis yang menghidap jantung berlubang, Hairaney Hamid yang gagal menjalani pembedahan jantung di Pusat Jantung Filipina Asia hari ini berkata, “Ida tak mau mati“.
Walaupun dalam keadaan lemah dan dengan harapan yang tipis untuk hidup, Hairaney yang membahasakan dirinya Ida, masih yakin dia ‘akan terus hidup‘ dengan jantungnya yang masih berlubang itu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 20 Mei 1979 – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Fahd menegaskan, negaranya bersedia untuk berperang bagi menyelamatkan bahagian Arab di Baitulmuqaddis daripada diduduki oleh Israel.
- 20 Mei 1980 – Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Sulaiman Daud memaklumkan, para jururawat boleh dianggap sebagai kakitangan barisan hadapan yang bertemu pesakit dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan.
- 20 Mei 1982 – Penduduk dunia kini telah menjangkau 4.6 bilion orang dan dijangka bertambah kepada 10 bilion orang pada sekitar tahun 2050.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]