Ketua Menteri Sabah terkorban dalam nahas kapal terbang - Utusan Malaysia

Ketua Menteri Sabah terkorban dalam nahas kapal terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Jun 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Menteri Sabah, Tun Mohamad Fuad Stephens telah terkorban bersama-sama tiga orang menteri negeri dan beberapa orang penumpang lain apabila pesawat yang dinaiki terhempas di laut dekat Sembulan.

Mengesahkan kejadian, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh memaklumkan, antara mereka yang terkorban ialah Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Peter Mojuntin dan Menteri Kerja Raya, Chong Thian Vun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Jun 1971Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin menggesa Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan bank-bank perniagaan supaya melonggarkan syarat-syarat pinjaman mereka.
  • 7 Jun 1972 – Seramai 250 orang mahasiswa dan mahasiswi baru dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan gotong royong membuat dan membaiki jalan dibeberapa buah kampung di Pulau Pinang.
  • 7 Jun 1973Pesuruhjaya Tinggi Republik Jerman, Gerhard Fischer menghadiahkan sebanyak 50 buah buku-buku Jerman terbaru kepada Pertubuhan Malaysia-Jerman di Pulau Pinang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya