Tengku Ahmad Shah diisytihar sebagai Sultan Pahang - Utusan Malaysia

Tengku Ahmad Shah diisytihar sebagai Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Mei 1974, Utusan Malaysia melaporkan Tengku Ahmad Shah Al-Haj, 44 tahun, putera sulung Al-Marhum Sultan Abu Bakar, diisytiharkan menjadi Sultan Pahang yang baharu.

Pengisytiharan tersebut dilakukan di dalam satu istiadat Permasyuran di Balai Rong Seri Istana Abu Bakar oleh Ketua Istiadat, Tengku Ariff Bendahara, tepat pada pukul 9.45 pagi, lima minit sebelum jenazah Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah dimakamkan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Mei 1974 – Pasukan Bola Sepak Everton dari England berazam untuk menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh dalam pertemuan menentang Malaysia di Stadium Perak malam ini.
  • 8 Mei 1977Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersetuju untuk membangunkan seluruh kawasan setinggan di Kampung Pandan.
  • 8 Mei 1978 – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mokhtar Hashim menyeru kepada pengeluar filem-filem tempatan supaya menghasilkan filem-filem bercorak keperwiraan dan semangat cintakan tanah air.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya