Kemarau semakin buruk di seluruh Malaysia - Utusan Malaysia

Kemarau semakin buruk di seluruh Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 April 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan keadaan bekalan air di seluruh negara hari ini berada pada tahap kritikal dan Terengganu merupakan negeri pertama melaksanakan catuan air.

Kemarau yang melanda beberapa buah negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah Tengah, Sabah dan Perak sejak dua hingga empat bulan lalu menyebabkan kekurangan air.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 April 1984Mesir melahirkan penghargaannya kepada Malaysia atas sokongan negara ini membawa masuk Mesir kembali ke pangkuan Persidangan Pertubuhan Islam (OIC).
  • 25 April 1985Sebuah syarikat Jepun, Sagawa Express akan menubuhkan syarikat usahasama dengan MARA bagi membekalkan komponen- komponen alat ganti kenderaan milik kerajaan.
  • 25 April 1986 – Hampir 50 pesakit mati dan ribuan lagi tidak dirawat apabila 4,000 orang doktor di hospital-hospital di Bangladesh melancarkan mogok sejak 12 hari lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya