Wabak taun merebak di enam buah negeri - Utusan Malaysia

Wabak taun merebak di enam buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Mac 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kejadian penyakit taun semakin merebak dan sehingga kini, sekurang-kurangnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah dilaporkan terlibat.

Di Sabah, seorang kanak-kanak berumur empat tahun dari Tawau dilaporkan telah meninggal dunia akibat taun minggu lalu, manakala satu kejadian terbaru di Johor melibatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Ladang Pagoh, Segamat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Mac 1977Majoriti penduduk yang beragama Islam di Negeri Perak memberi sokongan atas langkah kerajaan negeri untuk mengharamkan peraduan ratu cantik di negeri berkenaan.
  • 22 Mac 1978Presiden Suharto akan dipilih semula secara rasmi sebagai Presiden Indonesia bagi tempoh lima tahun lagi oleh Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR).
  • 22 Mac 1979 – Juara belia kebangsaan, Datuk Misbun Sidek terpaksa menarik diri dari Kejohanan Badminton Seluruh England kerana diundi menentang Taiwan berikutan dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf negara berkenaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya