PKNS ceburi sektor perhotelan bersama syarikat dari Amerika - Utusan Malaysia

PKNS ceburi sektor perhotelan bersama syarikat dari Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Mac 1972, Utusan Malaysia melaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menyertai perusahaan hotel yang akan diusahakan secara bersama dengan sebuah syarikat perusahaan Hotel Amerika Syarikat.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, PKNS telah mendapat hak kebenaran daripada Ibu Pejabat Syarikat Holiday Inns Incoporated, yang merupakan sebuah syarikat perusahaan hotel terbesar di Amerika untuk menyertai perusahaan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Mac 1971 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bersetuju supaya CUEPACS terus kekal bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC).
  • 4 Mac 1974 – Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) menyokong penuh tuntutan Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA (KSITM) menaikkan ITM ke taraf universiti.
  • 4 Mac 1977 – Syarikat General Motors Malaysia mencatat kejayaan terbaik tahun lalu dengan menguasai 10 peratus pasaran berbanding enam peratus ketika memulakan perniagaan empat tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya