ASEAN dan EEC meterai perjanjian kerjasama - Utusan Malaysia

ASEAN dan EEC meterai perjanjian kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Mac 1980, Utusan Malaysia melaporkan ASEAN dan Persatuan Ekonomi Eropah (EEC) menandatangani perjanjian kerjasama yang pertama di mana kedua-dua blok akan dapat menikmati faedah-faedah istimewa dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan bekalan bahan mentah.

Perdana Menteri, Tun Hussein Onn yang menyaksikan upacara bersejarah di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur itu turut berkata, “Kita sedang memulakan satu langkah jauh bagi kerjasama yang besar”.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Mac 1979Perenang terkenal Pulau Pinang, Johnny Koay, 42, berjaya menyeberangi laut Pulau Pinang dari Pangkalan Kedah hingga ke Pantai Bersih, Bagan Ajam sejauh kira-kira 5 kilometer dalam masa 1 jam 47 minit.
  • 8 Mac 1980 – Penyerang terkemuka skuad bola sepak Sabah, Datuk James Wong mengesahkan beliau akan bersama dalam skuad bola sepak Pra-Olimpik Malaysia.
  • 8 Mac 1982Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mengkaji kemungkinan untuk mewajibkan ibu-ibu mengandung menjalani pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya