Watikah pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandaraya - Utusan Malaysia

Watikah pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandaraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Februari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu upacara menyerahkan pengisytiharan penganugerahan bandaraya telah berlangsung di Bangunan Parlimen.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah menyerahkan ‘Watikah Diraja‘ yang mengisytiharkan penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Kee Hui dalam satu upacara yang cukup meriah di Dewan Jamuan Bangunan Parlimen.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Februari 1972Jabatan Telekom sedang membina sebuah ibu sawat telefon paling moden di negara ini yang berharga RM1 juta di Kajang, Selangor.
  • 1 Februari 1975 – Seniman Mustaffa Maarof secara rasminya telah memulakan perkhidmatannya dengan syarikat Gaya Filem yang terkenal dalam menghasilkan filem-filem iklan bermutu tinggi.
  • 1 Februari 1977Syarikat Sabah Shell dan Pecten Malaysia Oil telah menemui telaga minyak baru di perairan Sabah yang dinamakan St. Joseph 2.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya