Nilai Ringgit Malaysia naik 10 peratus - Utusan Malaysia

Nilai Ringgit Malaysia naik 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Februari 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kadar tukaran Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika telah dinaikkan sebanyak 10 peratus, kata Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin ketika mengumumkannya hari ini.

Kadar tukaran baru ialah RM2.53 bagi 1 Dollar Amerika, manakala kadar lama ialah RM2.81 bagi 1 Dollar Amerika. Kenaikan nilai Ringgit adalah berikutan dengan tindakan Amerika menurunkan nilai Dollarnya sebanyak 10 peratus.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Februari 1973Malaysia dan Thailand hari ini bersetuju untuk memperhebatkan operasi urat saraf (psychological operations) di kawasan sempadan kedua-dua negara.
  • 14 Februari 1974 – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Tisu Manusia walaupun masih belum mendapat kata putus dari Majlis Fatwa Agama Islam negeri-negeri seluruh Malaysia.
  • 14 Februari 1975Gaji Queen Elizabeth telah dinaikkan menjadi 270,000 Sterling (RM1.5 juta) setahun dan wang tersebut akan digunakan untuk membayar gaji kakitangannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya