Jepun jadi contoh model pembangunan Malaysia - Utusan Malaysia

Jepun jadi contoh model pembangunan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Februari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia akan menjadikan Jepun sebagai negara model pembangunan untuk dicontohi, khususnya dari segi perindustrian dan menanamkan nilai-nilai yang betul terhadap pekerjaan dikalangan rakyat, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Jepun boleh membantu Malaysia dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah lagi negara ‘Jepun‘ demi faedah bersama.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Februari 1980Zulkifli Hamzah yang merupakan penyerang baru skuad bola sepak pra-Olimpik negara serta penyerang pasukan Terengganu bakal diturunkan dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Perlis hari ini.
  • 9 Februari 1982 Album terbaru artis popular tanah air, Yusni Hamid berjudul ‘Ku Tak Mengerti‘ yang mengandungi 10 buah lagu kini telah mula diedarkan di pasaran.
  • 9 Februari 1983 – Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM50.7 juta bagi membiayai projek baik pulih dan penggantian rel kereta api antara Merapoh dan Kuala Krai di Kelantan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya