Rabuan Pit jaguh Asia acara 200 meter - Utusan Malaysia

Rabuan Pit jaguh Asia acara 200 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan Rabuan Pit bukan sahaja dapat mempertahankan kejuaraan, malah dapat mengatasi rekod Sukan Asia acara 200 meter dengan kepantasan 21.0 saat pada hari pertama Kejohanan Olahraga ASEAN Kedua merebut Piala Suharto di Stadium Merdeka.

Sprinter terkemuka negara itu bukan sahaja dapat mendahului empat pencabar lain, malah dapat memecahkan rekod kejohanan ini serta berjaya mengatasi rekod Sukan Asia, rekod Sukan SEA dan rekod Malaysian All-Commers.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 November 1983 – Kerajaan bakal mengeksport salah satu peluru buatan sebuah syarikat tempatan, iaitu Syarikat Malaysian Explosives (SME) memandangkan kualitinya yang sangat bagus.
  • 3 November 1984 – Kementerian Pelajaran akan menggubal semula perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membolehkan semua ibu bapa yang berminat menyertai persatuan itu.
  • 3 November 1985 – Kerajaan Perlis akan mengetatkan syarat kepada buruh warga Thailand yang dibawa masuk ke negeri ini untuk bekerja di sawah sehingga selesai dan perlu menggunakan pas sempadan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya