Projek bayi tabung uji bakal dilaksanakan di Malaysia - Utusan Malaysia

Projek bayi tabung uji bakal dilaksanakan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 November 1983, Utusan Malaysia melaporkan projek bayi tabung uji akan dilaksanakan sepenuhnya di negara ini menjelang tahun 1986.

Untuk tujuan tersebut, peruntukan sebanyak RM700,000 diperlukan kata Profesor Dr. Hamid Arshad dari Lembaga Perancang Keluarga Negara.

Menurut beliau lagi, projek berkenaan boleh dijalankan setelah mendapat rujukan daripada alim ulama dan hanya pasangan suami isteri yang sah layak menyertainya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 November 1982 – Sultan Johor berkenan menawarkan tanah diraja di Endau untuk kegunaan guru dan pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim mengenai sains pertanian.
  • 7 November 1983Majlis Daerah Lenggong mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya melantik seorang wanita iaitu Habibah Hussain, 47, sebagai Ahli Majlis Daerah tersebut.
  • 7 November 1984 Kerajaan Sabah akan menswastakan Syarikat Penerbangan Sabah Air, yang telah diberi bantuan sebanyak RM21 juta sejak 1976, memandangkan ia terus mengalami kerugian.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya