Marina Chin dan Chong Beng cipta rekod baru Sukan SEA - Utusan Malaysia

Marina Chin dan Chong Beng cipta rekod baru Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 November 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Marina Chin dan Khoo Chong Beng bukan sahaja membantu dalam kutipan pingat emas Malaysia, malah berjaya mencipta rekod baru dalam Sukan SEA.

Chong Beng memperbaharui rekod lamanya dalam acara jalan kaki 20 kilometer dengan kepantasan 1 jam 35 minit 33.1 saat, manakala Marina merangkul pingat emas serta mencipta rekod baru dalam acara 200 meter lompat pagar dengan kepantasan 28.12 saat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 November 1979Kumpulan muzik yang dianggotai oleh lima orang adik beradik iaitu ‘Quinary M‘ telah selesai merakamkan lagu-lagu mereka ke piring hitam.
  • 22 November 1980 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menyerahkan semua bot-bot menangkap ikan kepunyaannya kepada nelayan di bawah satu skim baru untuk membantu nelayan.
  • 22 November 1981 – Lebih 100 orang pelajar yang mengambil SPM di Sekolah Menengah Jeniang, Kedah telah ‘dikurung‘ dalam dewan peperiksaan kerana kertas peperiksaan sains yang dibekalkan tidak mencukupi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya