Halim tokoh kanak-kanak lelaki 1983 - Utusan Malaysia

Halim tokoh kanak-kanak lelaki 1983

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 November 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang murid Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sabak Bernam, Abdul Halim Mohd. Basir yang telah menyelamatkan nyawa rakan yang dua tahun lebih tua daripadanya dari mati lemas diangkat sebagai ‘Tokoh Kanak-Kanak Lelaki 1983‘.

Manakala murid darjah enam Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Batu Empat, Kuala Lumpur, Nazareha Aziz dipilih sebagai ‘Tokoh Kanak-Kanak Perempuan 1983‘ kerana kefasihannya membaca Al-Quran dan cemerlang dalam pelajaran.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 November 1982 – Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi masjid pertama di negara ini yang dilengkapi dengan sebuah ‘alat bayang matahari‘ sebagai langkah memudahkan penentuan masuknya waktu solat.
  • 6 November 1984 – Rancangan Tanah Felda Cahaya Baharu Masai di Johor mencipta satu sejarah, apabila 150 orang belia di rancangan tersebut yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah menubuhkan persatuan yang digelar ‘Persatuan Bina Diri‘.
  • 6 November 1985Persatuan-persatuan pemandu teksi menggesa kerajaan memberikan potongan sebanyak 50 peratus bagi semua bayaran tol bulanan bagi membantu pemandu-pemandu teksi di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya