Perketat syarat belajar di luar negara - Tun Razak - Utusan Malaysia

Perketat syarat belajar di luar negara – Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak hari ini mengarahkan supaya tindakan tegas diambil untuk memperketatkan lagi syarat-syarat bagi para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran keluar negara.

Langkah ini adalah untuk memastikan kegiatan mereka di masa akan datang tidak bercanggah dengan kepentingan negara, menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara berkenaan disamping menjatuhkan imej Malaysia di seberang laut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 Oktober 1972 – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kedah Tengah menyatakan sokongan atas langkah kerajaan untuk mengharamkan ‘duit bola‘ yang dikenakan oleh syarikat dan firma jual beli kereta kepada orang ramai.
  • 24 Oktober 1977 – Taman Tasik Penglipur Lara yang merupakan bekas lombong di Jalan Kuantan akan diperindahkan menjadi sebuah taman tasik yang termoden di Bandaraya Kuala Lumpur.
  • 24 Oktober 1984 – Para pemegang akaun bank boleh mengetahui baki simpanan atau memindahkan sejumlah besar wang melalui telefon apabila sistem baru “Telebanking” diperkenalkan di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya