'Dabus' sesuai dijadikan tarian rasmi Negeri Perak - Utusan Malaysia

‘Dabus’ sesuai dijadikan tarian rasmi Negeri Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tarian kepahlawanan ‘dabus’ adalah di antara beberapa buah tarian tradisional yang terdapat di Perak dan tarian ini dianggap paling sesuai dan layak diangkat sebagai tarian rasmi untuk negeri ini.

Sejarah kewujudan tarian berkenaan yang telah bertapak kira-kira 283 tahun dahulu telah sebati dengan masyarakat Melayu di Negeri Perak dan terdapat beberapa kawasan di mana tarian tersebut masih segar dan kuat diamalkan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Oktober 1979Drama berjudul ‘MAHAMERU’ akan dipersembahkan oleh Kumpulan Teater Terengganu (KUMPUTER) di Sudut Penulis, DBP pada 2 November 1979.
  • 28 Oktober 1982 – Kerajaan Pusat bercadang mengadakan satu peruntukan dalam undang-undang bagi melindungi dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.
  • 28 Oktober 1983 – Kerajaan disaran supaya mewajibkan semua kakitangan kerajaan, perniagaan, kilang-kilang industri dan institusi pengajian tinggi bekerja enam hari seminggu dan bukannya lima hari setengah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya