Malaysia gesa PBB iktiraf Antartika milik bersama - Utusan Malaysia

Malaysia gesa PBB iktiraf Antartika milik bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 September 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia akan terus menggesa perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengiktiraf Benua Antartika sebagai wilayah bersama antarabangsa walaupun ditolak oleh negara-negara perunding benua tersebut (ATCP) yang bersidang di Australia semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Zakaria Ali menegaskan, keputusan ATPC itu tidak akan menggugat usaha Malaysia dalam soal tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 September 1977 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra menerima ijazah kehormat Doktor Pentadbiran Awam daripada Universiti Prince Songkhla di kampus universiti tersebut di Haadyai.
  • 15 September 1979 – Lebih 1,000 ekar kawasan kampus Universiti Kebangsaan di Bangi telah diberi geran hak milik pada tahun 1977 lalu, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Wan Mansor Wan Abdullah.
  • 15 September 1983Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Datuk Leo Moggie bakal melancarkan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) esok dan disaksikan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya