Wang deposit calon pilihan raya dikurangkan - Utusan Malaysia

Wang deposit calon pilihan raya dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Ogos 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan wang deposit (pertaruhan) calon dalam pilihan raya telah dikurangkan kepada RM500 untuk kawasan negeri, manakala RM1,000 untuk Parlimen.

Ketika mengumumkannya hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan, wang pertaruhan yang sebelum ini berjumlah sebanyak RM750 untuk kawasan negeri dan RM1,500 untuk Parlimen tidak lagi digunapakai.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 Ogos 1972 – Cik Saridah Haron, 19 tahun dari Persatuan Belia Prai telah dimahkotakan sebagai ‘Ratu Pesta Ria Polis Butterworth‘ baru-baru ini.
  • 7 Ogos 1974 – Filem terbaru keluaran Merdeka Studio berjudul ‘PERTIWI‘ yang diarahkan oleh pengarah berpengalaman, M. Amin kini berada dalam proses akhir pembikinan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.
  • 7 Ogos 1975Kerajaan Kelantan tidak akan membenarkan segala permainan luar yang berunsur perjudian diadakan di mana-mana sahaja di negeri ini, ujar Menteri Besar Datuk Mohamad Nasir ketika mengumumkannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya