TV3 akan ditapis seperti Televisyen Malaysia - Utusan Malaysia

TV3 akan ditapis seperti Televisyen Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Ogos 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan semua filem untuk siaran TV3 akan dikehendaki mengikuti peraturan dan proses penapisan seperti mana yang dikenakan terhadap Televisyen Malaysia sekarang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad.

Katanya, langkah tersebut perlu untuk memastikan semua filem untuk tontonan ramai melalui televisyen menjalani penapisan yang seragam dan sesuai untuk tontonan ramai semua peringkat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 17 Ogos 1983Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas perpustakaan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tunku, sebuah projek terbesar Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan di Petaling Jaya.
  • 17 Ogos 1984Pasukan badminton lelaki Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan pertama dengan mengalahkan Filipina 5-0 pada Kejohanan Badminton Sekolah ASEAN di Dewan Persatuan Badminton Selangor (SBA) di Kuala Lumpur malam tadi.
  • 17 Ogos 1985Syarikat cat ICI dengan kerjasama TUDM dan Jabatan Rekod sedang mengecat semula kapal terbang ‘Lang Raja Wali’ sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya