Rang undang-undang penubuhan Biro Siasatan Negara diluluskan - Utusan Malaysia

Rang undang-undang penubuhan Biro Siasatan Negara diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rang undang-undang bagi menubuhkan Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat dengan sokongan sepenuhnya dari keseluruhan anggota Dewan termasuk pembangkang.

Walaupun ramai yang mengkritik dan mendedahkan kegiatan-kegiatan rasuah yang dilakukan di negara ini, tetapi pada keseluruhannya mereka mengalu-alukan penubuhan biro berkenaan dengan harapan dapat memainkan peranan menghapuskan rasuah dan jenayah di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 18 Julai 1972 – Kolonel Muammar Gaddafi akan bertanding tanpa tentangan untuk jawatan Presiden Libya dalam satu pungutan suara sama ada ‘ya‘ atau ‘tidak‘ bulan depan.
  • 18 Julai 1973 – Melayu Malaysia mengalahkan Melayu Singapura (7-2) dalam perlawanan badminton merebut oskar Ghafar Baba di Dewan NSCRC di Seremban.
  • 18 Julai 1974 – Sekolah Menengah Bukit Mertajam, Pulau Pinang muncul juara dalam pertandingan Pesta Muzik 1974 antara sekolah-sekolah dengan mempersembahkan tarian yang diberi nama ‘Dendam Berahi Gemala‘ yang berlangsung di Dewan Sri Pinang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya