Pekerja LLN ancam gelapkan negara - Utusan Malaysia

Pekerja LLN ancam gelapkan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Julai 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Letrik Negara hari ini memberi amaran kepada kerajaan dan pengurusan LLN, sekiranya tuntutan mereka untuk kenaikan gaji dan beberapa kemudahan tidak diselesaikan dengan segera, mereka akan menggelapkan seluruh negara.

Seramai 4,500 orang pekerja-pekerja LLN telah mengancam untuk mengadakan mogok menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu, namun telah dibatalkan demi kebaikan orang ramai.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 25 Julai 1971 – Solomon Esmanto yang baru memenangi gelaran Mr. Malaysia 1971 dalam sukan bina badan sekali lagi akan mewakili negara ke pertandingan Mr. Asia di Lahore, India September ini.
  • 25 Julai 1973 – Pihak Jabatan Kerja Raya telah diarahkan supaya menyediakan satu reka bentuk bagi bangunan Dewan Bandaran Kuala Lipis yang dianggarkan menelan perbelanjaan sebanyak RM400,000.
  • 25 Julai 1974 – Bekas Perdana Menteri, Constantine Karamanlis hari ini kembali mengangkat sumpah untuk mengetuai kerajaan Greece setelah tinggal dalam buangan selama sebelas tahun di Perancis.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya