Jet MB339 Aermacchie milik TUDM terhempas - Utusan Malaysia

Jet MB339 Aermacchie milik TUDM terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Julai 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban apabila Jet MB339 Aermacchie yang dikendalikan mereka di pertunjukkan udara jatuh terhempas di Pangkalan TUDM Kuantan.

Juruterbang itu dikenali sebagai Mejar (U) Shubli Ismail dari Sungai Petani dan Kapten (U) Kamaruzaman Mohamed Nor dari Jasin, Melaka. Jet tersebut membuat pertunjukkan ketika hari terbuka TUDM sempena ulang tahunnya yang ke-27.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Julai 1982Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan untuk berangkat merasmikan pembukaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Maarof, Bangsar.
  • 15 Julai 1983 – Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan sedang menyiasat kes ‘Super VD’, sejenis penyakit perempuan yang merbahaya dan semakin menular di negeri ini.
  • 15 Julai 1984 – Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu memberi amaran bahawa orang awam yang ditangkap semasa melintasi landasan kereta api akan dihadapkan ke mahkamah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya