Ekspres Nasional nama baru bas MARA - Utusan Malaysia

Ekspres Nasional nama baru bas MARA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan MARA Ekspres Bhd., syarikat bas pertama yang mengadakan perkhidmatan bas ekspres di negara ini, kini dikenali sebagai Ekspres Nasional Bhd.

Pengurus Besarnya, Mohd. Desa Md. Akib memaklumkan, penukaran nama itu adalah penting memandangkan ia adalah syarikat bas yang ulung mengadakan perkhidmatan bas ekspres ke seluruh negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Julai 1979Para petani di kawasan MADA yang akan menjalankan kerja-kerja penanaman padi musim kedua tidak lama lagi dinasihatkan supaya menggunakan benih-benih padi yang digalakkan oleh kerajaan.
  • 7 Julai 1982Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat dan menyerahkan memorandum bantahan pencerobohan Israel ke atas Lebanon.
  • 7 Julai 1983Muzium Sains Kejuruteraan Elektrik pertama di Malaysia yang terletak di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Gurney, Kuala Lumpur akan mengadakan pameran robot.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya