Datuk Taha orang politik pertama dibunuh di Malaysia - Utusan Malaysia

Datuk Taha orang politik pertama dibunuh di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Julai 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Allahyarham Datuk Taha Talib, 55, merupakan mangsa pembunuhan politik yang pertama di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

Allahyarham ditembak mati pada pukul 1.14 pagi 14 April lalu, seminggu selepas hari penamaan calon pilihanraya umum dimana Allahyarham terpilih bertanding atas tiket Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemenceh.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Julai 1979 – Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM3.5 juta kepada Yayasan Islam Terengganu untuk menjalankan projek percetakan Al-Quranul Karim dan penerbitan buku-buku Islam.
  • 11 Julai 1982 – Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) hari ini menamakan stadium hoki berlatarkan rumput tiruan (astroturf) yang sedang dalam pembinaan di Jalan Duta dengan nama Stadium Tun Razak.
  • 11 Julai 1983Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi kewangan di London, San Francisco, Bonn, Paris, Tokyo dan Seoul, September ini dalam usaha memperkenalkan kraftangan di bandar-bandar berkenaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya