Tiga pelajar MARA cemerlang di Jerman - Utusan Malaysia

Tiga pelajar MARA cemerlang di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Mei 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang penuntut MARA yang sedang mengikuti latihan teknikal di Jerman telah menunjukkan kemahiran yang cukup cemerlang sehingga mendapat pujian istimewa dari Pengarah Latihan, Gerhard Zeumann.

Mereka ialah Mohd. Ghazali Fiee, Mohd. Mahidin Zahaman dan Baharudin Mohd. Yusup yang telah dihantar oleh MARA untuk mengikuti latihan teknikal selama dua tahun di State Facility For Occupational Preferment di negara itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Mei 1972 – Duke of Windsor, bekas King Edward Kelapan yang turun dari takhta kerajaan kerana mahu berkahwin dengan wanita kebanyakan telah meninggal dunia di Paris hari ini.
  • 29 Mei 1973 – Kira-kira 100 pekerja Great Eastern Life Assurance melancarkan piket di hadapan pejabat syarikat itu di Jalan Ampang kerana sikap majikan yang enggan melaksanakan tuntutan mereka.
  • 29 Mei 1974 – Kira-kira 5,000 penduduk Daerah Sik, Kedah berikrar dengan penuh semangat untuk mengawal dan mempertahankan negara daripada dicabuli oleh anasir komunis.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya