'Permintaan Terakhir', filem Melayu berwarna pertama di Malaysia - Utusan Malaysia

‘Permintaan Terakhir’, filem Melayu berwarna pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Mei 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia buat pertama kalinya akan mengeluarkan sendiri sebuah filem Melayu yang berwarna-warni dengan teknologi “cinemascope“.

Filem pertama itu yang berjudul ‘Permintaan.. Terakhir‘ akan dikeluarkan oleh Merdeka Filem Production Sendirian Berhad dengan kos bernilai lebih setengah juta ringgit.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 Mei 1968 – Sebelas orang kanak-kanak telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana muntah dan cirit-birit setelah termakan buah jarak di Jalan Madrasah, Jelutong.
  • 5 Mei 1971 – Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelentong, Hasnah Ahmad mengecam sikap sesetengah muda mudi yang berpakaian ‘groovy‘ dan meniru gaya ‘hippies‘ sebagai perbuatan yang menjatuhkan imej Malaysia.
  • 5 Mei 1972Kugiran De Shanada dari Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta telah berjaya menjadi juara kugiran Pasukan Polis Kawasan Utara Malaysia 1972.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.