Kapal mewah 'Puteri Tioman' mula operasi - Utusan Malaysia

Kapal mewah ‘Puteri Tioman’ mula operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kapal mewahPuteri Tioman‘ yang berharga RM1.2 juta memulakan perkhidmatannya secara rasmi dengan membawa pelancong dari Mersing ke Pulau Tioman.

Kapal sepanjang 75 kaki dan boleh memuatkan 52 penumpang itu dilengkapi dengan berbagai peralatan moden untuk keselesaan penumpang.

Menurut kenyataan Faber Merlin Malaysia Berhad, kapal tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dan Faber Merlin untuk memajukan sektor pelancongan di Pantai Timur.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Mei 1975 – Andrew Chong, 45, merupakan anak Malaysia yang pertama dilantik memegang jawatan Pengurus Kilang Colgate-Palmolive (M) Sdn. Bhd.
  • 3 Mei 1977 – Kerajaan Persekutuan sedang mengkaji cadangan membina sebuah jejambat lintasan kereta api bagi melicinkan perjalanan kenderaan dan orang ramai masuk ke pusat bandar Kuala Lipis.
  • 3 Mei 1979 – Lembaga Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membuat kajian
    kurikulum kursus-kursus matrikulasi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya