Pada 1 Mei 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelumba adik-beradik, Johari Ramlee dan adiknya Azizan Ramlee muncul sebagai juara bersama dalam kejohanan lumba basikal kebangsaan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.
Kedua-duanya telah berjaya memungut jumlah mata yang sama, 11 mata hasil kemenangan dari perlumbaan empat peringkat sejauh 370 batu untuk merebut piala ‘Gold Leaf’.
Antara peristiwa lain yang menarik.
Memuatkan artikel berkaitan…
- 1 Mei 1971 – Sepuluh buah negara telah memberi persetujuan untuk menyertai kejohanan bola sepak menyambut perayaan Jakarta Raya yang akan bermula Jun depan.
- 1 Mei 1972 – Buat pertama kali dalam sejarah Angkatan Laut Amerika Syarikat, seorang wanita iaitu, Alene B. Duerk telah dinaikkan pangkatnya sebagai seorang Laksamana Laut.
- 1 Mei 1973 – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa menyatakan bahawa, kerajaan negeri akan menjadikan bulan ‘Jun’ setiap tahun sebagai bulan gotong-royong.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]











