Tulisan puja komunis di tembok sekolah kebangsaan - Utusan Malaysia

Tulisan puja komunis di tembok sekolah kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 April 1970, Utusan Malaysia melaporkan dua buah bangunan di sekolah kebangsaan dalam negeri Perak telah diconteng dengan tulisan- tulisan memuja Mao Tse Tung dan anti kerajaan.

Kedua-dua bangunan tersebut adalah milik Sekolah Kebangsaan Tanjong Tualang dan tulisan itu ditulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Salah satu tembok bangunan diconteng dengan perkataan “lanjutkan usia Mao Tse Tung dan lanjutkan usia Rashid Maidin“.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 April 1971 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu hari ini menganggap bahasa Malaysia sebagai pendorong utama negara ini menjadi sebuah negara muda yang progresif dalam zaman moden dan teknologi.
  • 4 April 1972 – Sam Saimun, seorang biduan Indonesia yang cukup terkenal dan mempunyai ramai peminat di Malaysia meninggal dunia
    di Hospital Angkatan Laut Indonesia.
  • 4 April 1973 – Pelabuhan Kuantan yang bakal dibina dengan kos RM176 juta di kawasan seluas 3,000 ekar di Tanjung Gelang dijangka
    siap pada tahun 1976.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya