Sejadah khas jemaah haji ke Tanah Suci - Utusan Malaysia

Sejadah khas jemaah haji ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 April 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan anak syarikat MARA, Kulitkraf Sdn. Bhd. mencipta sejarah setelah berjaya mereka sejadah yang boleh dilipat menjadi sebuah beg untuk kemudahan jemaah haji di Tanah Suci.

Beg tersebut yang diilhamkan oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tan Sri Sanusi Junid dibuat daripada kulit, lengkap dengan tali pinggang serta beg untuk mengisi batu bagi melontar yang boleh disangkut di tali pinggang dan juga beg kecil untuk mengisi selipar.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 April 1982 – Setelah dua tahun menghilang dari bidang seni suara, kini Orkes Sinar Murni muncul kembali dalam album terbaharu mereka yang berunsur dakwah berjudul “Nikmat Tuhan” tidak lama lagi.
  • 6 April 1983 – Kerajaan akan mengambil langkah untuk menghalang pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat daripada mengasingkan diri bergaul dengan masyarakat negara itu seperti yang berlaku pada sesetengah pelajar.
  • 6 April 1984 – Orang ramai berpeluang berkunjung ke Pulau Langkawi dengan lebih selesa apabila perkhidmatan kapal M.S. Gadis Langkasuka dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi bermula secara rasmi pada 10 April ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya