Pesawat MAS dipilih sebagai 'penerbangan rasmi' sidang PATA - Utusan Malaysia

Pesawat MAS dipilih sebagai ‘penerbangan rasmi’ sidang PATA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 April 1985, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 20 buah pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dipilih sebagai ‘penerbangan rasmi‘ bagi Persidangan Persatuan Pelancongan bagi Kawasan Pasifik (PATA) yang akan diadakan di Malaysia tahun depan.

Pengarah Urusan MAS, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman memberitahu, antara pesawat yang terlibat ialah tiga buah DC-10, empat Air Bus, dua Boeing 747 dan 11 buah Boeing 737.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 April 1983 – Sebuah pusat ijazah lanjutan pengajian Islam yang berharga RM10 juta akan dibina di satu kawasan seluas 1.6 hektar di Bandar Baru Bangi.
  • 10 April 1984Bank Simpanan Nasional (BSN) dianugerahkan pingat emas oleh Institut Bank-Bank Simpanan Antarabangsa (ISBI) dalam siri anugerah ‘perkhidmatan yang cemerlang kepada gerakan Bank-Bank Simpanan Antarabangsa’.
  • 10 April 1985 – Jaguh lumba basikal kebangsaan, Rosman Alwi tidak menghiraukan kecederaannya dan dengan tenang memungut pingat emas keduanya dalam acara 1,600 meter di Kejohanan Lumba Basikal ASEAN di Stadium Merdeka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya