Demonstrasi pelajar IKM Kampung Pandan - Utusan Malaysia

Demonstrasi pelajar IKM Kampung Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Kemahiran MARA (IKM) di Kampung Pandan ditutup sehari pada hari ini ekoran demonstrasi sekumpulan 450 pelajarnya selama lebih lima jam, mulai pukul 5 pagi.

Mereka yang mengadakan demonstrasi itu, termasuk 50 pelajar perempuan dikatakan mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah sistem disiplin yang dilancarkan sebulan yang lalu di institut itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 19 April 1977 – Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) membantah tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam meminda surat pekeliling perkhidmatan 5/72 mengenai pinjaman perumahan yang memerlukan kakitangan kerajaan membayar balik pinjaman sebelum rumah siap dibina.
  • 19 April 1978 – Kadar bayaran untuk peguam yang dilantik oleh mahkamah bagi membela orang-orang yang dituduh dalam kes-kes tertentu telah dinaikkan sehingga tiga kali ganda dari kadar lama.
  • 19 April 1982 – Kira-kira 40,000 penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur akan menikmati faedah dari segi pembangunan fizikal dan kerohanian apabila satu sistem baharu jawatankuasa kampung diwujudkan di Setapak tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya