UNIUTAMA dapat peruntukan RM164 juta bina kampus di Sintok - Utusan Malaysia

UNIUTAMA dapat peruntukan RM164 juta bina kampus di Sintok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Mac 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Utara Malaysia (UNIUTAMA) mendapat peruntukan sebanyak RM164 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelima bagi memulakan pembinaan kampus tetapnya di Sintok, Kedah yang dianggarkan menelan kos lebih RM500 juta awal tahun hadapan.

Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Awang Had Salleh memberitahu, universiti tersebut sedang menguruskan pelantikan jururancang bagi menggubal pelan induk bagi membina kampus tetap melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 Mac 1980Kumpulan ‘Kam dan Ani’ yang dianggotai oleh Kamsiah Mahmood dan Rohani Ghazali telah dipilih menjadi johan bahagian padusuara ‘Bintang DBP 80’ yang berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 26 Mac 1983 – Gerakan memburu segerombolan pengganas komunis yang menyamar seperti orang awam sedang diperhebatkan setelah berlaku pertempuran dengan anggota keselamatan di Hutan Simpan Kecau, Lipis, Pahang.
  • 26 Mac 1984 – Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Amin Osman melancarkan Unit Tindakan Trafik Bukit Aman sempena menyambut perayaan Hari Polis di Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.