Jambatan Sungai Jarak diletupkan komunis - Utusan Malaysia

Jambatan Sungai Jarak diletupkan komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Mac 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah jambatan di Sungai Jarak, dekat Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah binasa akibat satu letupan besar malam tadi sehingga menyebabkan perkhidmatan keretapi dari Butterworth ke Utara tergendala.

Kejadian tersebut adalah angkara sabotaj oleh anasir komunis, kata seorang jurucakap polis. Ini berikutan dengan penemuan sehelai bendera komunis, kain pemidang serta risalah-risalah yang tertulis dengan kad-kad anti-kerajaan di jambatan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Mac 1973 – Sebuah kumpulan kugiran yang digelar ‘Charlie Fangers‘ telah ditubuhkan oleh sekumpulan anak-anak muda belasan tahun yang berasal dari Mentakab, Pahang.
  • 9 Mac 1975 – Dua buah syarikat filem bumiputera, Budaya Filem dan Rusba Enterprise bergabung tenaga mengeluarkan filem sulung mereka yang berjudul “Panglima Salleh“, karya Maryadi Kario.
  • 9 Mac 1977Persatuan Silat Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi Negeri Kedah menentang keras sebarang usaha dari pihak-pihak yang berkenaan untuk mengharamkan penggunaan senjata dalam pertunjukkan silat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya