CENSOR-makanan haiwan terbaru ciptaan UM - Utusan Malaysia

CENSOR-makanan haiwan terbaru ciptaan UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Mac 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia boleh menyelamatkan pertukaran wang asing sebanyak RM100 juta jika sejenis makanan haiwan terbaru ciptaan ahli-ahli sains Universiti Malaya dijadikan pengganti jagung yang diimport, kata Profesor Ungku Aziz hari ini.

Naib Canselor Universiti Malaya itu turut menerangkan bahawa, CENSOR, iaitu singkatan perkataan Centritugal, Solids Recovery merupakan ciptaan terbaru universiti itu yang merupakan campuran daripada ubi kayu, tepung biji, kelapa sawit dan lumpur kelapa sawit.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Mac 1972 – Bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali telah mengundang 1,000 orang kanak-kanak miskin Jepun untuk menyaksikan pertarungannya menentang Mac Foster.
  • 29 Mac 1973 – Seniman Marion Brando telah dipilih sebagai seniman terbaik bagi tahun 1972 kerana wataknya sebagai seorang ketua kumpulan haram mafia dalam filem “The God Father“.
  • 29 Mac 1978 – Penyanyi L. Ramlee berazam untuk meneruskan usaha seniman agung P. Ramlee dalam memelihara ketinggian mutu lagu-lagu Melayu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.