Hanya 11% peguam Melayu di Semenanjung Malaysia - Utusan Malaysia

Hanya 11% peguam Melayu di Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bilangan peguam Melayu yang menjalankan praktikal di Semenanjung Malaysia sehingga kini hanya kira-kira sebelas peratus.

Dari jumlah 904 orang peguam yang diberikan sijil praktikal, hanya 101 orang sahaja Melayu. Angka ini dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Peguam Tanah Melayu (The Bar Council of Malaya), P. Cumaraswamy dalam satu pertemuan khas di pejabatnya hari ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 Februari 1974 – Yang Dipertua Kesatuan Siswa ITM, Datuk Ibrahim Ali hari ini menggesa kerajaan supaya menaikkan Institut Teknologi MARA (ITM) ke taraf universiti secepat mungkin.
  • 23 Februari 1977 – Seramai 13 orang kanak-kanak telah didaftarkan nama untuk belajar di kelas Tadika Islam yang pertama di Wilayah Persekutuan yang dibuka di Surau Attaqwa, Taman Setapak.
  • 23 Februari 1979 Grazia Pinna, 35 tahun yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak telah dilantik menjadi pengadil bola sepak wanita pertama di Itali.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya