Rasuah: 92 kakitangan kerajaan diberkas - Utusan Malaysia

Rasuah: 92 kakitangan kerajaan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Januari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan enam pegawai bahagian satu merupakan antara 92 kakitangan kerajaan yang diberkas oleh Biro Siasatan Negara (BSN) di bawah Akta Pencegah Rasuah sepanjang tahun 1978.

Ketua Pengarah BSN, Datuk Abdullah Ngah yang mengumumkannya hari ini berkata, sepanjang tahun 1977 pula, seramai 79 pegawai dan kakitangan kerajaan diberkas di bawah akta yang sama.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Januari 1979 – Pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun secara mengejut kembali bermain untuk pasukan negeri kelahirannya, Melaka dalam saingan Piala Malaysia berikutan krisis beliau dengan pasukan Selangor.
  • 25 Januari 1980 – Kira-kira 15,000 petani mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah dengan mendesak kerajaan menaikkan harga padi kepada RM40 sepikul.
  • 25 Januari 1982 – Pengerusi Jawatankuasa Unit Falak Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Haron Din menegaskan bahawa bulan-bulan Islam tidak semestinya 30 hari adakalanya 29 hari.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.