Imej Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa - Utusan Malaysia

Imej Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Januari 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan imej Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa terutama kerana konsep ASEAN yang mengamalkan sikap berkecuali dan berbaik-baik yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Malaysia juga dipandang sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan telah dipilih dengan suara majoriti untuk menyertai Badan Ekonomi Antarabangsa di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 19 Januari 1973 – Pasukan Kawalan Malaysia akan dibubarkan tidak lama lagi dan akan digantikan dengan nama baru yang dikenali sebagai ‘Ikatan Relawan Rakyat‘.
  • 19 Januari 1976 – Sebatang jalan, sebuah bangunan pejabat kerajaan persekutuan dan sebuah masjid di Negeri Perlis akan dikekalkan dengan nama ‘Tun Abdul Razak‘ sempena memperingati jasa Allahyarham Perdana Menteri itu.
  • 19 Januari 1977 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat pertama kalinya akan mengadakan hari ‘Tokoh Islam Silam‘ sebagai mengenang jasa serta khidmat tokoh-tokoh Islam terhadap kemajuan dan perkembangan Islam di Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.