ASEAN perlu tingkat kerjasama serantau dalam isu keselamatan siber

ASEAN perlu tingkat kerjasama serantau dalam isu keselamatan siber

Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan salah seorang peserta Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerajui pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030 iaitu pelan hala tuju bagi memperkukuh daya tahan serantau dalam menghadapi era pendigitalan pesat yang dijangka dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia meletakkan keselamatan siber sebagai teras utama agenda serantau terma­suk memperkukuh kepimpinan rantau ini dalam kerjasama ke­selamatan siber global.

Katanya, ASEAN masih berbeza dari segi takrifan, siasatan dan pendakwaan jenayah siber serta jurang yang semakin melebar sejajar dengan perkembangan teknologi yang memberi ruang kepada penjenayah siber mengeksploitasi ketidaksela­rasan rentas sempadan.

“Bagi menangani isu ini, saya menggesa agar Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 memberi penekanan khusus terhadap kolaborasi masa nyata dalam kalangan negara anggota, khususnya dalam tindak balas insiden, forensik digital, pertukaran data selamat dan penyelarasan dasar.

“Segala mekanisme ini mesti berteraskan prinsip kerahsiaan, kedaulatan dan kepercayaan bersama yang penting dalam pengurusan ancaman keselamatan siber sensitif dan merentasi sempadan,” katanya pada Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia komited mempertingkat keupayaan keselamatan siber­nya dalam mendepani landskap ancaman yang kian mencabar.

Katanya, landskap ancaman kini berubah lebih pantas daripada sebelumnnya yang mana me­nurut Global Cybersecurity Outlook 2025, 60 peratus organisasi melaporkan bahawa ketegangan geopolitik telah memberi kesan secara langsung terhadap ke­siapsiagaan siber mereka.

“Sebanyak 72 peratus me­ngalami peningkatan dalam risiko siber. Separuh daripada­nya menyenaraikan kecerdasan buatan (AI) sebagai kebimba­ngan utama dan 40 peratus te­lah pun menjadi mangsa sera­ngan kejuruteraan sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×