ASN agih dividen pertama berjumlah RM41.6 juta - Utusan Malaysia

ASN agih dividen pertama berjumlah RM41.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Januari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 800,000 pemegang saham di bawah skim Amanah Saham Nasional Berhad (ASN) akan menerima dividen awal Februari ini. ASN telah menyediakan RM41.6 juta untuk pembayarannya.

ASN telah memutuskan untuk memberi dividen 10 peratus serta bonus percuma dengan kadar satu unit bagi setiap 10 unit kepada pemegang- pemegang sahamnya yang membuat pelaburan pada tarikh 20 April hingga 31 Disember 1981.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Januari 1976 – Negeri Sembilan akan mempunyai sebuah kompleks sukan pelbagai guna yang akan dibina di Paroi bagi menampung peminat sukan di negeri itu menjalani latihan sukan.
  • 21 Januari 1977 – Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukan RM200,000 bagi membina infrastruktur rumah panjang bertujuan merawat penagih dadah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Hormat Rafie
  • 21 Januari 1980 – Ramai petani di beberapa buah kampung di kawasan Kerian Barat terkejut dengan turunnya harga padi secara tiba-tiba sebanyak RM2 sepikul.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.