Bangunan Dayabumi beridentitikan Islam - Utusan Malaysia

Bangunan Dayabumi beridentitikan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan rekabentuk identiti Islam telah mula dapat dilihat pada bangunan menara 30 tingkat Dayabumi di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur setelah podium lima tingkat siap dipasang.

Bangunan yang dijangka siap sepenuhnya pada 13 April 1984 itu menggunakan sistem pembinaan terbaru yang dipanggil AIS dengan mengambil masa pembinaannya selama 26 bulan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Disember 1977 – Misbun Sidek mempunyai harapan cerah untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Kebangsaan bawah 18 tahun yang akan bermula esok di Stadium Negara.
  • 21 Disember 1979 – Gelaran Kor Peninjau Diraja akan ditukarkan kepada Kor Kavelri Diraja mulai 1 Januari tahun hadapan, menurut Kementerian Pertahanan hari ini.
  • 21 Disember 1982 – Kementerian Kesihatan sedang mengkaji penggunaan perubatan ‘acupunture‘ sama ada ia boleh diamalkan dalam perubatan di negara ini atau tidak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya