Tiga negara Arab bantu penubuhan Universiti Islam di Malaysia - Utusan Malaysia

Tiga negara Arab bantu penubuhan Universiti Islam di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan para pemimpin tiga buah negara Arab, iaitu Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi jaminan akan menimbangkan bantuan bagi menjayakan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di negara ini.

Mereka kagum dengan rancangan Kerajaan Malaysia itu dan menganggapnya sebagai salah satu projek terbesar di dunia Islam. Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud akan membentangkan Rang Undang-Undang Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Dewan Rakyat pada 8 Disember depan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 November 1974 – Kerajaan Negeri Pahang melarang badan-badan atau penerbit persendirian untuk mencetak laporan asal-usul Tok Guru Peramu untuk bacaan umum.
  • 23 November 1977 – Syarikat Bas Sri Jaya Kenderaan Sendirian Berhad didenda RM3,000 atas tiga kesalahan menaikkan tambang bas tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • 23 November 1979 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengulangi jaminan kepada para pelabur asing bahawa pelaburan mereka di negara ini adalah selamat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.