fbpx

Rabuan Pit pelari terpantas di Asia

Pada 29 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan Rabuan Pit muncul sebagai ‘perlari terpantas di Asia‘ apabila meraih pingat emas acara 100 meter Sukan Asia Ke-9 dengan mencatatkan kepantasan 10.68 saat di Stadium Jawahartal Nehru, India.

Pencabar terdekat yang merupakan pemegang gelaran acara ini di Bangkok tahun 1978, Suchart Jaesuraparp hanya berjaya mengutip pingat gangsa dengan mencatatkan masa 10.76 saat manakala Jang Jae Kuen dari Korea Selatan menduduki tempat kedua.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 November 1971 – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengutuk dan membantah keras perbuatan Kerajaan Filipina membunuh 42 orang Islam di jajahan Lanao Del Norte baru-baru ini.
  • 29 November 1972 – Kerajaan Indonesia telah mengharamkan tayangan filem Indonesia “Tiada Jalan Lain” yang dikatakan dibiayai penggambarannya oleh Robby Cahadi atau Sia Thia Li yang sekarang ditahan di sebuah penjara tentera.
  • 29 November 1977 – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor akan meminta Kerajaan Pusat mengadakan undang-undang melarang warganegara asing melahirkan anak di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN